Daftar Pengurus IMORI Pusat 2010-2012

1 Dwi Apriyanto Ketua UNY Yogyakarta

2 Zulfan Alimuddin Wakil Ketua UNM Makassar

 3 Vo Juniliardi Sekretaris UNP Padang

 4 Samsudin Bendahara UNS Semarang

5 Rahmadi Kadep Minat Bakat UNS Semarang

6 Endro Pangurian Staf Ahli Minat Bakat UNM Manado

7 Ashar Aras Staf Ahli Minat Bakat UNM Makassar

8 Abi Hasbullah Staf Ahli Minat Bakat UNJ Jakarta

9 M.Faruq A. Kadep Litbang UNESA Surabaya

10 Donny Widarto Staf Litbang UNY Yogyakarta

11 Kiki Sore Staf Litbang UNM Manado

12 Junaedi Mandiri Kadep Advokasi dan Pengabdian Masyarakat UNM Manado

 13 Imam Nugroho Staf Advokasi dan Pengabdian Masyarakat UNS Semarang

14 Oktaviandi Staf Advokasi dan Pengabdian Masyarakat UNP Padang

15 Akbar Velayati Staf Advokasi dan Pengabdian Masyarakat UNJ Jakarta

 16 Safei Kadep Pers dan Infokom UNP Padang

 17 Awaluddin Staf Pers dan Infokom UNM Makassar

 18 Suryanto DP Staf Pers dan Infokom UNESA Surabaya

                                                           _DONNY 8WD  UNY_                                                0852921354678

KONSEP TEORI

Posted: Desember 31, 2009 in Uncategorized

Konsep Teori

  • Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan
  • Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru
  • Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama, iaitu, behavioris, kognitif, sosial dan humanis

Teori Behaviorisme

Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Teori Kognitif

Mazhab kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai

jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses

pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

Teori Sosial

Mazhab sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses

pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

Teori Humanisme

Mazhab humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru

hendaklah menjaga kendiri pelajar dan member bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

Model Robert Glazer

Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

Model Sim

Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa prosespengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antarabeberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan jugaobjektif. Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaransebagai bidang komunikasi, iaitu interaksi di antara guru danmurid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu persekitaran tertentu. Berdasarkan model ini, objektif pelajaran harus ditentukan secara explisit dan mengikut kebolehan muridmurid. Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser ialah Model Sim menekankan perhubungan yang baik antara guru dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sehat dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur persekitaran seperti keadaan bilik darjah yang kondusif sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar.

Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan tersebut, interaksi di antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran dan persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan. Seterusnya,

keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai ke tahap optimum.

Model Taba

Model Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahanbahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan dalam model ini. Model ini menerangkan bahawa seseorang pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut; menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan, menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya, membuat generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya, dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.

Model Latihan Terus

Model Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran yang bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Model ini juga dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan ‘Model Pengajaran Aktif’. Model ini dibentuk khas untuk  merangsang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuan berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan sama ada kemahiran asas atau komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.

Model Inkuiri

Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.

Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam berbagai bidang khususnya bidang pendidikan.

Posted: Desember 31, 2009 in Uncategorized

NAMA

Posted: Desember 31, 2009 in Uncategorized

Konsep Teori

DONNY 8WD IN ACTION

Posted: Desember 14, 2009 in Uncategorized

DAFTAR PAKET CATERING BOX

STUDENT CAFÉ & CATERING

Paket A : Nasi + Ayam / Lele + Sayur + Sambal                                                                                               : Rp.   6.000

Paket B : Nasi + Ayam / Lele + Sayur + Sambal + Buah + Kerupuk                                                     : Rp.   7.500

Paket C : Nasi + Ayam / Lele + Sayur + Sambal + Buah + Kerupuk + Air mineral                                            : Rp.   8.000

Paket D : Nasi + Ayam / Lele + Sayur + Sambal goreng ati – ampela+ Buah + Kerupuk                                    : Rp. 10.000

Paket E : Nasi + Ayam / Lele + Sayur + Sambal goreng ati – ampela+ Buah + Kerupuk + Air mineral    : Rp. 10.500

Paket F : Nasi + Telur + Sayur + Sambal                                                                                                          : Rp.   5.000

Paket G : Nasi + Telur + Sayur + Sambal + Buah + Kerupuk                                                                : Rp.   6.500

Paket H : Nasi + Telur + Sayur + Sambal + Buah + Kerupuk + Air Mineral                                          : Rp.   7.000

Paket  I  : Nasi + Telur + Sayur + Sambal goring ati – ampela + Buah + Kerupuk                                              : Rp.   9.000

Paket  J  : Nasi + Telur + Sayur + Sambal goreng ati – ampela+ Buah + Kerupuk + Air mineral             : Rp.   9.500

Paket K : Nasi + Ayam Kremez + Sambal + Lalapan                                                                            : Rp.   7.000

Paket L  : Nasi + Ayam Kremez + Sambal + Lalapan + Kerupuk + Buah + Air mineral                         : Rp.   7.500

Catatan :

-         Lauk bisa di goreng, bacem atau disayur balado            – menggunakan dus/ box makanan ukuran 18 / 20 warna

-         Penambahan macam sayur Rp. 500 / macam

-         Memakai buah melon / semangka

Hello world!

Posted: Desember 14, 2009 in Uncategorized

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!